by Jack » Wed Jun 13, 2012 11:35 am
2nd hand, the article said he bought it from a Chinese man in '73 and has kept ever since.
Mengimbau kembali kenangan, kata D.J Dave, urusan jual beli Alfa Romeo tersebut juga berlangsung dalam keadaan yang tidak dirancang.
“Saya masih ingat lagi, kereta itu dimiliki oleh seorang lelaki Cina. Kerana terlalu meminati kereta itu, saya terus bertemu dengan lelaki tersebut dan merayu dengannya agar menjualnya kepada saya.
“Masa tu, dalam poket cuma ada RM50. Duit itu saya serahkan pada dia sebagai cengkeram dan berjanji esok saya akan membayar duit selebihnya.
“Nilai kereta itu ialah RM22,000. Satu nilai yang besar pada masa itu. Tapi selepas tawar-menawar, dapatlah saya membelinya dengan harga RM13,000.
“Esoknya, saya datang semula berjumpa dengan lelaki Cina itu dan membayarnya dalam bentuk tunai. Duit tu saya pinjam dari keluarga dan kawan.
“Tapi demi janji saya pada lelaki tersebut, saya datang pada tempat yang dijanjikan untuk membeli kereta itu.
“Lelaki itu juga terkejut kerana tak sangka saya akan datang dan tepati janji walau cuma memberi cengkeram RM50 saja," katanya.
Bagaimanapun, kata penyanyi berketurunan Punjabi ini lagi, proses jual beli kenderaan itu juga tidak semudah itu kerana dia perlu menyimpan janji untuk menjaga kereta itu dengan sepenuh hati.
“Lelaki itu mahu saya menjaga kereta itu dengan baik seperti mana dia menjaganya. Dia memang cukup sayangkan kereta itu.
“Jadi demi janji saya pada dia, sampai sekarang, orang nak beli kereta itu dengan harga yang tinggi pun, saya tak akan jual.
“Saya betul-betul menjaganya dengan baik sampaikan warna kereta itu pun saya tak pernah sekali tukar dan kekalkannya dengan warna kuning emas," katanya.